kata2 hikmah

segala yang baik itu adalah dari Allah

Sunday, March 27, 2011

LAGU MENUSUK KALBU

Bismillah...

currently, i am at uitm segamat since pagi esok nk g jmpa advisor,, risau ni...huhu
sambil2 ditemani wan ju (sbb menumpang tido kt msjd), dok promote lagu Rapuh nyanyian Opick kt die..
1st time dgr lagu ni, si Ayu student Cosmo yg sama praktikal kt SSM yg pasang sambil2 dok kira stok kt stor,,
mendalam lagu ni,, sgt menusuk kalbu dan membuat diri rasa kerdil dan hina di sisi dunia milik Nya..
inilah bait2 lagu itu,, hayati bersama

OPICK - RAPUH

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

''SETIAP DARI KITA ADA KELEMAHAN DAN KELEBIHAN,
MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MEMBAIKI SEGALA KELEMAHAN,
DAN JADIKAN KELEBIHAN SBG PEMACU DIRI KEHADAPAN,
BUKAN KELEMAHAN MENJADI HALANGAN,
DAN BUKAN JUGA KELEBIHAN JADI KEBANGGAAN''

Saturday, March 26, 2011

ADA APA DGN NAMA???


Bismillah,,
hari ni hari yg agak membosankan dan memeningkan..sakit kepala agak teruk..n suddenly,my big bro bwk blik keta baru,, Persona kaler itam..siap offer aku suruh bwk tu..tp ap2pun,, my beloved Saga Evo lg best..huhu

Cerita psl nama ni,, mlm smlm tbe2 teringat kisah dolu2 yang mymak cerita, ttg the origin of my name.. my mak told me that, after i was born, nama yg die da plan nak bg is ''Nur Hasna''., so as usual it is my Abah's job utk g daftarkan nama tu, blik2 je, my Mak tgk kt dlm surat beranak da jadi 'Hasnalinda', hilang cahaya nya, tp ap2pun, it still a sweet name, isn't it??

teringat suruhan Nabi agar memberi kan nama yg elok dan baik kepada anak2, kerana nama turut menjadi pengaruh klepada behavior anak tu ble besar nnt..jgn plak da bg nama sedap2 n molek2, tp pggilan ny ntah ap2..

berbalik to my story, setalah diperiksa dan diteliti, rupe2ny 'Hasna' dan 'Linda' membawa maksud yg sme, cume dalam bahasa yg berbeza.. 'Hasna' is in Arabic, while 'Linda' is in Espanol..nk tau mksud ny,,cari la sndiri..

''HIDUP TAK SELALUNYA INDAH
SESUNGGUHNYA, MATAHARI YG MUNCUL SLPS HUJAN ITU,
DINANTI2KAN KERANA KECANTIKAN DAN KEDAMAIAN NYA''

Friday, March 25, 2011

I'm Kampung Girl...So What???

Bismillah,,
Lame xjenguk blog ni,,tbe2 ad time, jengah la jap...

org selalu tny,, 'Alin dok kt mne?',, then I'll answer, 'saya lahir kt Muar, tp dok JB'...then depa ckp,, "ooo,, org bandar rupe ny"... puas da explain, JB tu bandar ikut alamat je,, saya dok kampung la,, Seting Garden lg..

apa yang best ny bila jd 'Budak Bandar' n apa yg pelik nya bila mengaku 'Budak Kampung'???
i never feel that i'm humiliating myself bila saya mengaku that I'm Kampung Girl..  malahan bangga tu sbb xsemua org mampu dan dapat merasai nikmat ny duduk di kampung, masuk kebun, redah parit, memancing kt sungai, kejar ayam n itik n mcm2 lg la...

mgkn ad kebaikan nya jd org bandar, but believe me,, i much prefer on being Kampung Girl... so xkisah la org nk ckp ape, kolot ke, kuno ke, xupdate to latest info ke, what so ever, i'll still say that, ''I'M KAMPUNG GIRL,,,SO WHAT???''

"" MANA MUNGKIN KAU RASAI NIKMATNYA SEBUAH KEMAAFAN, 
ANDAI KAU TIDAK PERNAH SEKALI MEMAAFKAN,
BEGITU JUGA TIDAK KAU RASAI KEINDAHAN DISAYANGI,
SEBELUM KAU MULA MENYAYANGI""

Sunday, March 20, 2011

Bismillah..
Hari mggu mmg syok, tp boring..surf pny surf internet, jmpa artikel ttg JENIS CANTIK kt page iluvislam.com..

JENIS CANTIK

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik [B]sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

-[LINK=http://iluvislam.com]Artikel iluvislam.com[/LINK]

Friday, March 18, 2011

Titik Mula...

Bismillah...
Dgn nama Pemilik Hati ku memulakan setiap langkah dalam hidupku,, dgn harapan moga apa jua yang aku lakukan mendapat keberkatan dan rahmat dari Nya...Amiiin