kata2 hikmah

segala yang baik itu adalah dari Allah

Tuesday, April 19, 2011

MUNGKINKAH SUDAH BERAKHIR...

Bismillah,,
semalam aku baru lps presentation VIVA, Alhamdulillah ok walaupun byk salah..huahua
tp bila dok borak2 dgn depa ni,,kepala da mula pening sbb memikirkan hala tuju hidup yg seterusnya...
cari keja??? itu pasti... sambung Master??? mungkinkah???
aku seolah2 xpasti dgn laluan aku selepas ni..
aku nak keja, in the same time, nk smbug belajar...
tp aku tau, hny ALLAH yg tahu jalan yg telah ditetapkan untuk ku..
hny pd ALLAH tmpat aku memohon pertolongan dan panduan...

''JALAN DI HADAPAN KU BERLIKU
TP JAUH DI SIMPANG ITU,
AKU TAHU ADA BAHAGIA YG MENANTIKU"

Thursday, April 14, 2011


SEBUAH PERTEMUAN, DI AKHIRNYA PERPISAHAN….

pertemuan telah ditakdirkan,
antara kita tidak pernah dirancangkan,
apalah takdir hendak dilawan
semuanya ketentuan TUHAN....

Bismillah,,
Dengan Nama Pemilik Alam ini aku memanjatkan syukur setinggi2 nya ke hadrat NYA, kerana masih mengizinkan aku merasai nikmat disayangi dan menyayangi selama berada di dunia ini…
Aku sungguh bersyukur kerana ditemukan dgn insan2 yg telah, sedang dan akan aku temui kelak,, kerana aku tau, stp dr mereka membawa seribu satu erti dlm stp langkah aku di dunia…
Insan yg pertama aku temui, mestilah kedua ibu bapaku, seterusnya adik beradik, saudara mara, sahabat handai hinggalah ke rakan sejawat tempat aku praktikal…
Kadang2 org sllu mengeluh dan mengadu ttg org yg pernah hadir dlm hidup mereka dan telah melakar kisah duka pd mereka,, pada aku, stp apa yg berlaku wajar dijadikan kenangan dan pengalaman. Sesungguhnya, pengalaman adalah harta yg paling berharga dlm hidup manusia.
Tanpa kita sedari, kita mula berasa sakit hati dgn seseorang dan timbulnya bibit2 marah atau pun dendam, bukankah itu petanda kita tidak bersyukur dan merungut dgn takdir dan ketentuan ILAHI???
Bila diingat kembali kisah2 org yg pernah membuat kita ketawa, kita akan ketawa kembali… tapi kenapa apabila kita mengingat ttg org yg pernah menyakitkan hati dan membuat kita menitiskan air mata, tidak sekalipun kita bersyukur???
Teringat kata2 org alim, sesungguhnya seorang musuh itu kadangkala lebih baik dari seribu sahabat, kerana musuh akan menyatakan apa sahaja keburukan kita yg tidak mungkin terluah dan terucap oleh sahabat…mungkinkah??
Kini, aku tggal menghitung hari utk menghabiskan sesi praktikal ku di SSM Muar selama 20 minggu @ 5 bulan.. terlalu banyak kenangan di sini.. stp dr mereka melakar cerita dan laluan yg berbeza utk minda dan perjalananku yg seterusnya…
Aku sentiasa mendoakan yg terbaik utk stp org yg pernah, sedang dan akan muncul dalam ‘drama’ hidup ku..harapan ku kepada ILAHI hny satu, mg aku sentiasa menjadi insan yg bersyukur kepada NYA dan tidak pernah lari dari ketentuan serta takdir NYA…

HEMBUSAN BAYU LEMBUT BERTIUP
DERU OMBAK YANG MEMUKUL PANTAI
SAYU HATI BILA TERKENANGKAN
MEMORI INDAH BERSAMA
SEGALA YANG MANIS PASTI ADA PAHITNYA
BEGITULAH JUA HIDUP BERSAMA
SEGALA YANG INDAH JADIKAN HIASAN
SEGALA YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN

SEANDAINYA DUGAAN DATANG MENERPA
HINGGA DIRIMU TERLUKA
USAH DITANGIS HIBANYA
KERNA AKU BERSAMAMU

(khas utk NURULAIN a.k.a Kak Long, NURUL AIDA a.k.a Dek Nong)

Wednesday, April 06, 2011

ANTARA 2 KASIH,, YG MANA HARUS KU PILIH???


Bismillah...
Dilema yang dihadapi oleh sorg sahabatku, yang tersepit antara cinta dia dan kekasihnya yang dipaksa oleh keluarga untuk melupakan cinta nya...
punca nya hanyalah krn sahabatku itu seorg gadis kampung,,TAK LOGIK LANGSUNG!!!
mcm my past post,, ap yg teruk ny jd gadis kg??? apakah kami2 ni yg asal nya dr kg ni,,,xlayak utk memiliki cinta???wah terbakar ni...
hny kerana duduk kt kg, parents si lelaki tu mnta agar anak die putuskan hubungan dgn sahabatku ni...
hny Allah yg tau apa yg terbaik buat hamba2Nya... so, ap yg aku bleh nasihatkan pada sahabat ni, bersabar dan jgn lupa mnta petunjuk dari Allah..
kpd parents lelaki tu,,ingatlah, anda juga berasal dr kg, ke mne pun anda pergi, ke kampung juga pulang ny,,,
ad ke org kebumi kt KLCC ke, KLIA ke bila meninggal??? sume hntr balik kg pny la...kn kn kn
as a conclusion,, mgikut ap yg dinasihatkan oleh Abe Long kt cni, mgkn yg terbaik adalah utk kita beralah dan berundur diri,,walaupun pedih,,walaupun sedih...
Allah takkan menguji seseorg itu di luar kemampuannya...

''JALAN KEDUKAAN ITU ADA DI MANA-MANA
MENCARI KEBAHAGIAAN TAK SEMUDAH MENJEMPUT KESEDIHAN
TP INGATLAH BAHAWA
KEBAHAGIAAN YG HADIR SLPS KEDUKAAN
ADALAH LEBIH MANIS DARI SEGALA APA YG ADA DI MUKA BUMI INI''