kata2 hikmah

segala yang baik itu adalah dari Allah

Thursday, April 14, 2011


SEBUAH PERTEMUAN, DI AKHIRNYA PERPISAHAN….

pertemuan telah ditakdirkan,
antara kita tidak pernah dirancangkan,
apalah takdir hendak dilawan
semuanya ketentuan TUHAN....

Bismillah,,
Dengan Nama Pemilik Alam ini aku memanjatkan syukur setinggi2 nya ke hadrat NYA, kerana masih mengizinkan aku merasai nikmat disayangi dan menyayangi selama berada di dunia ini…
Aku sungguh bersyukur kerana ditemukan dgn insan2 yg telah, sedang dan akan aku temui kelak,, kerana aku tau, stp dr mereka membawa seribu satu erti dlm stp langkah aku di dunia…
Insan yg pertama aku temui, mestilah kedua ibu bapaku, seterusnya adik beradik, saudara mara, sahabat handai hinggalah ke rakan sejawat tempat aku praktikal…
Kadang2 org sllu mengeluh dan mengadu ttg org yg pernah hadir dlm hidup mereka dan telah melakar kisah duka pd mereka,, pada aku, stp apa yg berlaku wajar dijadikan kenangan dan pengalaman. Sesungguhnya, pengalaman adalah harta yg paling berharga dlm hidup manusia.
Tanpa kita sedari, kita mula berasa sakit hati dgn seseorang dan timbulnya bibit2 marah atau pun dendam, bukankah itu petanda kita tidak bersyukur dan merungut dgn takdir dan ketentuan ILAHI???
Bila diingat kembali kisah2 org yg pernah membuat kita ketawa, kita akan ketawa kembali… tapi kenapa apabila kita mengingat ttg org yg pernah menyakitkan hati dan membuat kita menitiskan air mata, tidak sekalipun kita bersyukur???
Teringat kata2 org alim, sesungguhnya seorang musuh itu kadangkala lebih baik dari seribu sahabat, kerana musuh akan menyatakan apa sahaja keburukan kita yg tidak mungkin terluah dan terucap oleh sahabat…mungkinkah??
Kini, aku tggal menghitung hari utk menghabiskan sesi praktikal ku di SSM Muar selama 20 minggu @ 5 bulan.. terlalu banyak kenangan di sini.. stp dr mereka melakar cerita dan laluan yg berbeza utk minda dan perjalananku yg seterusnya…
Aku sentiasa mendoakan yg terbaik utk stp org yg pernah, sedang dan akan muncul dalam ‘drama’ hidup ku..harapan ku kepada ILAHI hny satu, mg aku sentiasa menjadi insan yg bersyukur kepada NYA dan tidak pernah lari dari ketentuan serta takdir NYA…

HEMBUSAN BAYU LEMBUT BERTIUP
DERU OMBAK YANG MEMUKUL PANTAI
SAYU HATI BILA TERKENANGKAN
MEMORI INDAH BERSAMA
SEGALA YANG MANIS PASTI ADA PAHITNYA
BEGITULAH JUA HIDUP BERSAMA
SEGALA YANG INDAH JADIKAN HIASAN
SEGALA YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN

SEANDAINYA DUGAAN DATANG MENERPA
HINGGA DIRIMU TERLUKA
USAH DITANGIS HIBANYA
KERNA AKU BERSAMAMU

(khas utk NURULAIN a.k.a Kak Long, NURUL AIDA a.k.a Dek Nong)

0 comments:

Post a Comment